Tuesday, March 25, 2014

jerawat oh jerawat

tetibe hari ni terpanggil pulak nak share tentang jerawat. selama bulan membesar banyak betul mitos tentang jerawat. nama pun mitos, so banyak la benda yang salah betulnya kan.. apa mitosnya? jom baca...

1. coklat
jawapannya NO!. para saintis Amerika Syarikat tidak pernah menyatakan dengan memakan coklat akan mengakibatkan jerawat.

2. karbohidrat
betul. beberapa kajian telah membuktikan karbohidrat mampu meningkatkan insulin dalam darah. peningkatan insulin ini akan membuatkan fungsi hormon terganggu. ini akan mengakibatkan jerawat di muka anda semakin bertambah. OH NO!!

3. kerap basuh muka = bebas jerawat???
siapa kata?. kalau kita fikir secara logik terlalu membersihkan akan mengakibatkan kulit muka akan menjadi kering. ini dah tambah masalah lain namenya. cukuplah 5 kali sehari dan gunalah pencuci muka mengikut kehendak muka yee...

4. picit jerawat
asal ada jerawat je gatal tangan nak picit. tak payah nak kata orang bulan pon sama ja u'oll. kononnya nak bagi cepat hilang lah kan, tapi walhal cara ni akan membuatkan jerawat tu bengkak.

5. kacang = jerawat?
why kacang? bulan pantang nampak kacang tau. padahal ada beberapa jenis kacang yang mampu merawat kulit dan merawat jerawat. nama mereka si Almond dan si Gajus. haha macam kawan-kawan pulak. kacang soya bukan saja mampu mencantikkan kulit malah melawan keradangan dalam tubuh dan  mencegah kulit kering dan yang penting sekali kulit anda akan nampak muda tau.

6. jerawat boleh merebak
ada mitos yang katanya bila kita sentuh jerawat orang lain, kita pun terkesan. wow! tak mungkin lah. sebab jerawat ni berpunca dari kuman dan kelenjar minyak yang berlebihan di muka. dan mereka ni bukan duduk di permukaan kulit, tapi bawah kulit la sayang. so kalau kita terpegang ke sengaja pegang jerawat kawan kita tak ada masalah pun.

so kalau anda sayang kan kulit anda, buatlah keputusan yang terbaik untuk jerawat anda! keh keh keh


No comments:

Post a Comment