Tuesday, October 14, 2014

kerajinan melanda

dah lama rasanya tak share something here.
saja nak cite ni,
sejak menjak dah degree ni, nak-nak duduk rumah sewa ni.
bulan dah jadi rajin nak masak.
sedap tu jangan tanya la sebab belum tentu la kan.
kalau perut anda hebat dan kebal daripada sakit perut,
sila la makan masakan saya hokey.

yelah umur dah 23.
duduk pulak rumah sewa.
kadang tu malas pulak nak keluar.
the solution kena la masak kan? ahaks!
lagi satu saja nak praktis jadi isteri mithali.
ada ke yang nak kat kite ni.. hurm..

masak bubur. nom nom nom. suka sangat bubur ni sebab guna senjata rahsia taw.

haa nie chezzy ball. ala yang macam KFC tu. kononnyer teringin makan.
last-last makan pon tak sangat.
dah tahukan sebab ape... haha

ini bukan bunga tiruan taw.
ni buah apa pon bulan tak tahu, tapi panggil buah-buah acar.
buah tu digubah menjadi gubahan bunga, cantik kan?
yang ni bukan bulan yang buat okey.
mak yang buat.
mak bulan ni memang rajin dan kreatif.
tapi anak dia yang sorang ni tak dapat satu pon gen yang dia ada.
tak apa, tak sedih pon.
bunga ni sesuai giler untuk hantaran sebab ia cantik!

hope tahap kerajinan ni bersifat berterusan
sebab perempuan yang cantik bukan hanya tahu melawa taw!
tapi pandai masak yang paling penting.
bye u'oll

Tuesday, March 25, 2014

jerawat oh jerawat

tetibe hari ni terpanggil pulak nak share tentang jerawat. selama bulan membesar banyak betul mitos tentang jerawat. nama pun mitos, so banyak la benda yang salah betulnya kan.. apa mitosnya? jom baca...

1. coklat
jawapannya NO!. para saintis Amerika Syarikat tidak pernah menyatakan dengan memakan coklat akan mengakibatkan jerawat.

2. karbohidrat
betul. beberapa kajian telah membuktikan karbohidrat mampu meningkatkan insulin dalam darah. peningkatan insulin ini akan membuatkan fungsi hormon terganggu. ini akan mengakibatkan jerawat di muka anda semakin bertambah. OH NO!!

3. kerap basuh muka = bebas jerawat???
siapa kata?. kalau kita fikir secara logik terlalu membersihkan akan mengakibatkan kulit muka akan menjadi kering. ini dah tambah masalah lain namenya. cukuplah 5 kali sehari dan gunalah pencuci muka mengikut kehendak muka yee...

4. picit jerawat
asal ada jerawat je gatal tangan nak picit. tak payah nak kata orang bulan pon sama ja u'oll. kononnya nak bagi cepat hilang lah kan, tapi walhal cara ni akan membuatkan jerawat tu bengkak.

5. kacang = jerawat?
why kacang? bulan pantang nampak kacang tau. padahal ada beberapa jenis kacang yang mampu merawat kulit dan merawat jerawat. nama mereka si Almond dan si Gajus. haha macam kawan-kawan pulak. kacang soya bukan saja mampu mencantikkan kulit malah melawan keradangan dalam tubuh dan  mencegah kulit kering dan yang penting sekali kulit anda akan nampak muda tau.

6. jerawat boleh merebak
ada mitos yang katanya bila kita sentuh jerawat orang lain, kita pun terkesan. wow! tak mungkin lah. sebab jerawat ni berpunca dari kuman dan kelenjar minyak yang berlebihan di muka. dan mereka ni bukan duduk di permukaan kulit, tapi bawah kulit la sayang. so kalau kita terpegang ke sengaja pegang jerawat kawan kita tak ada masalah pun.

so kalau anda sayang kan kulit anda, buatlah keputusan yang terbaik untuk jerawat anda! keh keh keh


Monday, March 24, 2014

pray for it...

Allahuakbar. siapa yang tahu dan ingin kejadian seperti ini terjadi.

akhirnya penantian selama 17 hari menunggu khabar tentang MH370 berakhir dengan penemuannya di lautan hindi.

Ya Allah, kau tabahkan lah hati ahli keluarga mereka seperti mana ketabahan kekasihmu, Muhammad dalam mengharungi kehidupan dalam menegakkan syiar Islam.

semoga mereka di cucuri dan di limpahi rahmat oleh Nya.

dan kepada semua tolong stop apa-apa pun spekulasi anda. Al-Fatihah.


Sunday, March 23, 2014

what malaysian do...

Hai! Assalamualaikum....
wah lame dah tak singgah sini. maklum lah buzy sikit. sekarang saya tengah berDegree. hehe.. apa-apa pon, hope semua berjalan dengan lancar sampai la i'm graduate nanti.

saya rasa masih belum terlambat untuk mengatakan Malaysia sekarang tengah berkecamuk memikirkan di mananya MH370. hinggakan ada yang sanggup mengambil kesempatan untuk mencari publisiti dengan apa yang mereka rasa. alahai kesiannye diaorang nie... (nak jadi artis jugak!)

tidak kisah la siapa pon anda, apa yang anda rasa, tapi TOLONG!!! hormat orang lain. anggap seperti FAMILY kita yang berada di dalam pesawat tersebut. kesian mereka terpaksa sabar menunggu orang yang tersayang yang tidak tahu apakah keberadaan mereka di mana.

bagi mereka yang tidak suka mendengar atau mengetahui tentang ia, pedulikan ia, pergilah mana pon yang anda suka, kat Malaysia nie banyak tempat yang korang boleh lepak, boleh buat suka hati korang.

and saya suka tengok dan apa yang Mat Lutfi kata dalam video nie...



apa-apa pon sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka, AMIN...